Wednesday, February 8, 2012

I want U to know

saya nak kamu sihat sebab saya risau kalau kamu sakit..
saya nak kamu gembira sebab saya tak happy kalau sedih..
saya nak kamu ceria sebab saya rasa sepi kalau kamu muram..
saya nak kamu kuat sebab saya lemah kalau kamu down..
saya nak kamu tahu yang saya bukan kawan yang baik tapi saya cuba nak belajar jadi kawan yang baik..

Sunday, February 5, 2012

tEriMa kAsiH...

berterima kasih pada orang yang telah MELUKAI hatimu
kerana dia telah membuat hatimu menjadi kuat..
berterima kasih pada orang yang telah MEMBOHONGImu
kerana dia membuat hidaupmu menjadi makin bijaksana..
berterima kasih pada orang yang telah MEMBENCImu
kerana dia yang mengasah ketegaranmu..
dan berterima kasihlah pada orang yang telah MENYAYANGImu
kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu...

andai kata...

apabila kita berteman..janganlah kerana kelebihannya..kerana mungkin satu kelemahan,
kau mungkin akan menjauhinya..

andai kau ingin berteman..janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin dengan satu keburukannya
kau akan membencinya..

andai kau ingin seorang sahabat yang satu janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu
kau mungkin akan memfitnahnya..

andai kau ingin seorang kawan janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tak pandai menceriakan
kau mungkin menyalahinya..

andai kau ingin bersahabat..terima dia seadanya kerana dia seorang sahabat hanya manusia biasa..
jangan diharap semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna..
tiada yang biasa-biasa menjadi satu sempurna tapi bersahabatlah kerana ALLAH..

Friday, February 3, 2012

terpenjara di alam maya cinta....

Bila kita dilamun cinta kita sering melupakan sahabat-sahabat kita. Bila kita bercinta kita mudah lupakan alam realiti. Kita sering terpenjara dalam sangkar alam maya cinta. Tanpa sedar kita menyakiti hati mereka yang selama ini setia disisi. Begitu rapuhnya cinta kita kepada sahabat-sahabat kita. Mungkinkah kerana pada fikiran kita, kita hanya perlu menjaga perasaan kekasih yang baru kita perolehi? Kita seolah-olah lupa sahabat-sahabat kita juga punya hati dan perasaan. Kita mencari mereka bila kita sedih, kecewa dan perlukan bahu untuk menangis. Tapi mengapa bila kita bahagia kita melupakan mereka? Mengapa tidak kita kongsi kebahagiaan itu bersama mereka? Luangkan masa bersama para sahabat tidak akan mengurangkan nilai dan rasa kasih kepada kekasih. Namun mengapakah kita sering berfikiran yang sebaliknya? Ataukah kita telah bosan bersama dengan sahabat kita yang sentiasa ada bila kita memerlukan? Tetapi pelik kita tidak pernah bosan dan jemu kepada kekasih. Sedarlah wahai para pencinta. Setiap insan disisi kita ada peranan dan kepentingan masing-masing. Jangan lupakan sahabat bila kita dipuncak bahagia kerana akan ada suatu masa nanti kita akan jatuh kebawah. Sahabat akan menyambut kita dibawah dan membantu kita berdiri semula. Tetapi kekasih akan berlalu pergi tanpa menoleh kepada kita semula.